Wednesday, July 6, 2011

jaundice story..

hi hi..bersiaran kita lg ya..hari ke-3 kelahiran Hazim..mama da perasan kelihatan muka hazim nmpak kuning then mama puas kejut2 tuk bg susu..tp dpt response yg kureng dr bb hazim nie..if ikut history..mama dlu ade jaundice..haziq pun ade jugk..so most probably hazim pun akan kena jugk..it just that, jgn terlalu tinggi or  within 24hrs or prolonge sampai jd menda yg sepatutnya tak berlaku. Meh nk kongsi skit pasal jaundice nie:


Penyakit demam kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Warna kuning ini disebabkan oleh bahan kumuhan (metabolit) yang dinamakan bilirubin dalam darah. Bilirubin merupakan hasil penguraian sel darah merah di dalam darah. Penguraian sel darah merah merupakan proses yang dilakukan oleh tubuh badan manusia apabila sel darah merah telah berusia 120 hari. Hasil penguraian sel darah merah merupakan bilirubin yang diproses oleh hati (hepar) dan disingkir dari badan melalui najis dan air kencing. Ketika bayi berada dalam kandungan, sel darah merah ini akan dikeluarkan melalui uri (placenta) dan diuraikan oleh hati ibu.

Paras bilirubin pada bayi normal boleh meningkat disebabkan oleh sebab-sebab berikut -

Sel darah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek.
Lebam pada badan bayi yang disebabkan dalam proses kelahiran menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.
Bayi pra-matang tidak mempunyai organ yang matang. Hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.
Darah ibu dan bayi tidak sesuai. (ABO incompatibility)
Ibu mengidap kencing manis (maternal diabetes)
Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi (kerap).
Keturunan.

Penyakit demam kuning mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun kebawah. Bayi demam kuning kelihatan kuning pada bahagian muka, diikuti bahagian dada, perut, dan akhirnya dibahagian kaki. Warna kekuningan juga dapat dilihat ada bahagian mata putih bayi. Pemeriksaan bayi untuk penyakit demam kuning patut dibuat dalam cahaya matahari ataupun dibawah lampu panjang putih (fluorescent). Bayi perlu dibawa berjumpa doktor sekiranya demam kuning dikesan. Di hospital atau klinik, paras bilirubin dalam darah boleh diuji melalui contoh darah. Tahap serius ditentukan dengan menimbangkan umur dan faktor perubatan yang lain. Jumlah bilirubin yang kecil atau sederhana tidak merbahaya kepada bayi. Bagaimanapun paras bilirubin yang tinggi dan lama boleh memberi kesan pada pendengaran dan otak bayi. Doktor akan memberikan rawatan yang sesuai agar paras bilirubin tidak mencapai paras merbahaya.

Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya demam kuning dikesan dalam tempoh 24 jam kelahiran, yang membabitkan bahagian tangan dan kaki, atau bayi demam melebihi 37.8 darjah Selsius (100 darjah Fahrenheit), atau bayi kelihatan lemah dan tidak sihat. Bagi bayi bawah 5 tahun, suhu dalam dan luar badan perlu diperiksa. Doktor juga perlu dirujuk sekiranya warna kuning semakin ketara selepas 7 hari, demam kuning masih kekal selepas 15 hari, bayi tidak bertambah berat badan, atau anda merasa bimbang mengenai kekuningan pada kulit bayi.

Bayi yang menghidap demam kuning perlu dipastikan agar tidak mengalami kekeringan (dehydration) akibat pengambilan cecair yang tidak mencukupi. Antara faktor lain yang meningkatkan risiko kekeringan adalah bayi pertama, bayi yang tidak pandai menghisap, puting susu tenggelam (inverted nipples), pembedahan caesarean, penggunaan ubat penahan sakit (analgesics) dan bayi yang tidak matang dengan daya menghisap yang lemah. sumber :
CARI Malay Forums..bole jugk dapat more info di sini www.babycenter.com.my 




haziq yg sudi menemani adik nye..baik sungguh!

mujur la katil bayi diletakkan bersama ibu masing2..dpt ikut perkembangan dia 24jam.

Hazim yg lena tidur - sunbath time! hehee..


So 3rd day nurse dari klinik Payamas dtg & syor check di klinik..mama yg bru start nk berurut terpaksa memendekkn waktu berurut dan terus berkejaran ke klinik nk amik darah..iyer laa..kesihatan bb lagi penting kan..jupe doc dia ckp paras bilirubin tidak terlalu tinggi tetapi physically nmpak hazim nie kuning suda sampai bawah perut. Mama pun balik ke rumah pack barang untuk ke hospital sbb mama da jangka akan wasuk ward. sampai di bhgian kecemasan Hospital Tangkak. reg etc..amik lagi darah hazim nie..tup2..tak tinggi doc suh balik and dtg balik check darah lg keesokan harinya..setelah bincang2 dgn hubby..kita decide nk masuk je ward sbb chances tuk paras bilirubin tuh turun adalah sgt tipis sbb nmpak mcm dia tgh nk naik..so most probably esok kena masuk ward..jadi lebih baik terus je phototherapy treatment utk hazim start mlm ni jugk. 


Nk dipendekkan cerita, masukla ward hazim ward kanak2 dgn mama2 pun skali berkampung kt sana..agak selesa ward di sini sbb dekat dgn uma mak, ward yg kecil dan katil mama dekat dgn pintu masuk depan meja2 nurse tuh..so if pape senang jerit je nurse dgr..hehee..kt sini ade la dlm 3-4 katil yg ader katil bb ber phototherapy. mama yg agak bese dgn menda nie (time haziq kt HSA dulu lagi dasat) takde la kalut2 rilex jer..hihii..


Kami lepak cini dlm 3-4 hari jugk sbb nk pastikan paras bilirubin dalam darah hazim betul2 di tahap yg selamat. If tak silap, masa kluar 102mg kot..Alhamdulillah. 
Bile suda kluar ward, mama amalkan minum susu Higoat..memg panas and memg berbau kamben, hihi..tp sgt berkesan biler repeat check 2 hari lepas tuh..terus drop  paras bilirubin hazim. 
Ok la..sampai cini ajer..hope info sgt berguna..







No comments:

Post a Comment