Friday, August 27, 2010

Ramadhan

Salam..Alhamdulillah..arini 17 Ramadhan..da 2minggu Umat Islam bepuasa. Bersyukur juga Allah berikan mama kekuatan & sentiasa bersemangat untuk berpuasa dan menunaikan ibadatNya..bermakna juga arini merupakan Nuzul Quran..


'Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.' sumber http://www.islam.gov.my


Kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. 


Mama jugak tidak ketinggalan menghidupkan bulan Ramadhan ini dengan Solat Sunat Terawih. Insya Allah setakat ini berkesempatan menunaikannya walaupun hanya ber 'tok imamkan' Haziq di rumah sahaja. hehee..Target mama..taknak miss solat terawih nie especially di 10 malam terakhir. Amin..


'Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat'.



Fadhilat Solat Terawih
Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah S.W.T
Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang bersembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman ).
Malam 3 : Berseru Malaikat di bawah `Arasy supaya meneruskan sembahyang terawih terus menerus, semoga Allah mengampunkan dosa kamu.
Malam 4 : Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang² yang membaca kitab² Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.
Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat² yang tawaf di Baitul Ma’mur ( 70 ribu Malaikat sekali tawaf ), serta setiap batu² dan tanah² mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa² orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong Nabi Musa A.S menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang yang bersembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim A.S.
Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikkan di dunia & di akhirat.
Malam 11 : Keluar ia dari dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap² kejahatan dan keburukkan.
Malam 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkanya pada hari Qiamat.
Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung `Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 : Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 : Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang berterawih pada malam ini sebanyak pahala Nabi².
Malam 18 : Seru Malaikat ; “Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan ibubapa kamu (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 : Allah S.W.T meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang² solehin.
Malam 21 : Allah S.W.T membina sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat, aman daripada tiap²dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 : Allah S.W.T membina kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 24 : Allah S.W.T membuka peluang 24 doa mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini.( lebih elok berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 : Allah S.W.T mengangkat daripada seksaan kubur.
Malam 26 : Allah S.W.T mengurniakan pahala pada orang yang berterawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah S.W.T mengurniakan ketangkasan melintas atas titian SiratulMustaqim seperti kilat yang menyambar kepada orang yang berterawih pada malam ini.
Malam 28 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di Akhirat.
Malam 29 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 : Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman ;
“Wahai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam Syurga, mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama ‘Al-Kauthar’.â€

-Renung-Renungkan & Selamat beramal-


No comments:

Post a Comment