Saturday, June 23, 2012

Vacation trip 2

Wahh...mama tgh nk bersihkan sawang-sawang yg bersarang di blog ini yee..suda lama tak post any entry. Rindu mahu berkongsi semula. Anak2 suda semakin membesar..suda semakin bijak katanya.suda pandai pilih2 nk itu ini..yg kecik suda pandai tunjuk muka tak suka..semakin byk gelak nyea jugk. ini la ragam anak2 kecil. bile ade rasa tak ckup masa..bile tiada dtg la aser rindu dgn kekecohan deorg...

okeh..cuti panjang mama bermula hujung bulan may bersempena cuti sekolah haziq mid term break selama 2 mggu..mama decide utk mangambil pd waktu ini kerana haziq pun bercuti dan utk mengelakkan haziq stay di taska yg akan dikenakan OT rm5/jam. Ini perkara biasa berlaku di taska/nursery..Plan yg terbaik nmpak nyee..Rezeki dtg bergolek2 pulak after dat..my parents in law also plan to go for holiday during this school break. plan punya plan..gedebak gedebuk..proceed la jugk kitaorg ni berangkat ke ...PULAU TIOMAN..hahha! weeehooo..

mcm biasa yer semua..mari layan gamba2..





Ok yer..sehingga ketemu lg di entry akn dtg..




Sunday, May 20, 2012

mummy get busy


spend quality time with my family..going out, be sweat & be tired after dat.

Friday, February 24, 2012

super mommy

Tidak terbayang kaum ibu2 di zaman atuk nenek dahulu sukarnya menggiling lada, manguli tepung dgn tgn berbanding pengisar elektrik yang ada pd kebanyakan rumah pd hari ini. Susahnya membersihkan debu di lantai berbanding hari ini membersih menggunakan vakum, membasuh baju dgn tgn berbanding hari ini dgn mesin dsb. Wlau begitu mampu melahirkan para doktor, ilmuwan, guru, juturera dan ramai manusia yg berguna hari ini. Rumahtangga pula, Alhamdulillah, harmoni sampai ke akhir hayat. 


Bagaimana masih mampu menjaga n mendidik anak yg seramai 6-7 org dlm masa yg sama menguruskan rumahtangga. Kata arwah nenek mama 'selagi masih bernyawa, selagi itu kerja tak selesai lg' wahh sampi begitu sekali. Iya, skrang mama juga sudah merasakan, wlau masih tido masih lg berfikir2, berkira2..itu tak buat lg..ini tak siap lg..esok keje lg..ank tak siap homework lg..suami tak mkn lg..Bagaimana ya utk mencapai KPI agar kita ni kaum ibu bole melaksanakan tugas2 sebagai pekerja yg berdedikasi di sebuah syarikat swasta + berusaha menjd ibu terbaik kepada anak2 + isteri yg solehah kepada suami dengan jayanya. Bagi yg menjalankan perniagaan, turut sibuk menguruskan perniagaan. Dan pada yg tidak bekerja, turut sibuk keluar masuk rumah menghantar dan mengambil ank dari sekolah di samping kerja2 rumah yg tidak pernah ade akhirnya. Sukar bukan? Sebagai seorg wanita yg superwomen ini, kita perlulah bijak dlm mengatur semuanya, ya..senang utk diperkatakan tetapi kita perlu jugk sentiasa berusaha ke arah yg lebih baik. Tanggungjwb utk memastikan kesihatan fizikal & rohani keluarga terjamin, kewangan lebih kukuh, kesempurnaan di mata suami semua digalas di bahu superwomen ini. Hebat nyeee..


Hasil dari pengalaman, pembacaan and pencarian mama, ini ade beberapa tips berguna dikongsi bg memastikan urusan rumah tangga berjalan dgn lebih lancar.








1. Bagi memudahkan kerja2 memasak - kisar semua bahan2 asas seperti cili, bawang, halia utk kegunaan seminggu.Bahan2 mentah seperti ayam, daging siap dibasuh dan dipotong serta disimpan,dibahagikan kepada beberapa bhgn mengikut keperluan kekerapan menggunakan dlm seminggu. Sayur2 juga dibasuh dan dipotong siap2 di masukn dlm tupperware dan disimpan. Sediakan sambal belacan dan sambal kicap utk kegunaan seminggu, disimpan. Sentiasa simpn finger food utk anak2 seperti nugget, burger, crab meat etc, bila ank2 lapar anytime boleh goreng sahaja. Jika perlu, sediakan juga frozen food seperti karipap, donut, ini memudahkan kita utk menyediakan mknn utk tetamu 'on the spot' dtg. Sebelum bertolak ke tempt kerja, alihkan bahan2 mentah yg akan digunakan pd hari itu dari 'freezer' ke 'chiller' supaya balik sahaja ke rumah bole teruskan kerja2 memasak. Rancang menu utk seminggu, dari breakfast smpi la ke dinner utk mengelakkn pembaziran berlaku, masa membeli juga bole diminimumkan.
2. Jika boleh, membasuh baju, mengangkat dan melipat - dilakukan pada hari yg sama. Bertangguh menyebabkan timbunan kain menggunung tingginya. Jika tidak, basuh baju, menyidai dan mengangkat bole dibuat setiap 2 atau 3 hari sekali. Di hujung minggu, kerja2 melipat dan menggosok dilakukan sekaligus. Jarak2kn baju yg telah digosok bg mengelakkn ronyokan yg akan digosok sekali lg. Bg ibu yg bertudung, gosok siap2 tudung yg hendak dipakai, rancang bju yg hendak dipakai utk seminggu.
3. Memiliki peralatan yg betul dan baik - Membantu kelancaran tugas rumahtangga. Laburkan sedikit wang utk membeli peralatan yg baik dan berkualiti seperti pengisar, mesin basuh, vakum. cth: anak2 kecil yg perlu mandi sebelum ke taska, sediakan 'water heater' utk memudahkan penyediaan air suam, ini bole menjimatkan masa dan menjamin keselamatan dr setiap kali kena memasak air menggunakan cerek dsb.
4. Penyediaan awal & perancangan - Bagi memastikan keberkesanan tugas dan mengelakkn 'red tape'. Mengelakkn berlaku kecuaian dan pembaziran masa contohnya barang tertinggal jika dibuat 'last minutes' kemudian perlu berpatah balik utk mengambil dsb. Bg nursing mom seperti mama, perlu bangun awal utk mengusukan dahulu. Sebelum tido, pastikan kelengkapan2 pengepaman, brg2 anak utk ke sekolah dan taska/pengasuh disiapkan. 
5. Pembahagian tugas - Meminta kerjasama suami dan anak2 bg meringankan bebanan supaya ibu dpt fokus pada kerja2 yg telah dipersetujui bersama.
6. Disiplin - Sentiasa mengikut rutin yg telah dirancang. Pastikan anak2 tido lebih awal, selewat2nya 10-11 mlm supaya senang bangun pd keesokan pgnya. Jika keluar rumah pkul 7 pg, maka tetpkan waktu itu supaya anak2 akan mengikut 'by default' maka tidak sush utk kita mengingat kn mereka setiap hari.
7. Banyakkan berdoa - Memohon bantuan daripadaNya diberi kekuatan, kesabaran & keikhlasan dalam melakukan rutin rumahtangga yg mencabar ini.






Sekian 


Amin..   

Tuesday, January 10, 2012

next step..

Salam semua..suda masuk tahun baru kita..maka bermula nya lembaran baru dlm idup kami berempat.
Ditakdirkan, ibu Silah (pengasuh haziq hazim) berpindah mengikut suami ke Parit Jawa, Muar Johor. Kalau di ikutkan hati mama nie..mau aje mama mengikut mereka tuh..hehe..over.. Tapi tu lah, apakan daya..Manusia merancang Allah yang menentukan. Berat hati nk berpisah teruatama nya haziq yg sudah serasi dgn ibu nya (wlau dgn nenek dia pun tak mau) dan hazim yg masih kecil utk mama hantar ke taska.

Setelah ditimbang tara ditolak tambah bahagi sebagainye..(Solat Ishtikharah tidak di lupa utk membuat keptsn yg agak sukar ini)..mama dan papa sebulat hati utk menghantar haziq ke sekolah 'playschool' dan hazim di taska tmpt yg sama. Kancil Pintar Kindergarten & Childcare, Taman Perling. Mama memg sungguh2 tiada pengalaman dlm hal2 ini..semuanya baru..tp percaya akan keputusan ini, Allah ade bersama & sentiasa berdoa everythin will be going smoothly. Insya Allah, Amin.

Maka bermula lah episod Haziq ke sekolah..

4th Jan'12 - tgok tuh haziq da terpisat2 mula da tamo kena tinggal. Mama pun konon2 happy time nie..but after dat..hanya Allah je yg tau perasaan itu..

 1st day to school..lepas ni..haziq start nangis daaaa...

 hasil2 gamba papparazi..ni dlm pkul 10pg..break time. bile tgok Haziq suda tak nangis lg..mama terasa lega..baru release nk pigi keje..hati senang sikit.

Anak mama kena survive la ehh sayang..

Selamat Tahun Baru 2012 & Selamat Hari Lahir Haziq

Hohi..

Salam bersiaran..tahun baru kali nie mama sekeluarga berada di kampung halaman..Alhamdulillah..sweet escape la katakan..jauh dr kesibukan kota..yg penting bole sambung tido lama2 pas subuh (Masya Allah..sila abaikan.) sbbselalu nya haziq n hazim akan bz melayan mcik2 nya..huhuhuu..syok2x..

31 Dec..mama papa penuh schedule attend E-day my best cousin ever..ery aka anne. kemudian ke majlis perkahwinan cousin papa pulak Ira di Jasin. Kepada kedua2 nya..Tahniah kami ucapkan..

Buat anak sulung mama, Izzul Haziq..sudah pun mencecah umur 3 tahun..menangis (suda besar anak mama..;)
Maka kami mengadakan majlis kecil2an..atok bacakan doa..potong kek dan makan!

Layan la gamba2 nye k..
 hasil kerja tangan mcik pcik nye..

 kek yg dipilih oleh Haziq sendiri..beria2 nk kn Power Puff Girl si Buttercup kt atas tuh..

 before cut cake..baca doa dlu..

 yeah..mari potong kek!

 enjoy mkn..

 da mkn..bergambar pulak.

suda rasmi hadiahnye..TQ pak lang mak lang..

Monday, December 5, 2011

Quick & easy happy eating..

Hi hi..Monday blues kata nya ya..hehee..

Mama nk stori2 sikit la psl pemakanan baby hazim nie..ok.. Hazim's weaning time started after 6mos old. Sebagai seorg ibu yg prihatin ttg pemakanan anak2 nya, mama amat menitik beratkan mknn yg dimkn cukup nutrisinya, ape kandungn yg dimakannya dan tentulah sesuai mengikut umur nya. Ramai ibu2 diluar sana beralih memilih mknn bayi yg dikomersialkn seperti puree, nestum, baby's finger food etc etc..Pada dasarnya memg tidak salah memandangkan ia nya lebih mudah, ringkas, lengkap nutrisi terutamanya bagi ibu2 yg bekerja. However..mama choose to introduce homecooked food for my sons. Sekurang2nya pada mama, kita tau ape yg dimkn oleh ank2 kita, sebagai Muslim kita berdoa and berzikir setiap kali menyediakan mknn mereka dan pelbagai tekstur, rasa, warna yg boleh diubahsuai mengikut citarasa. Kira bole wat eksperiman di dapur lah ni..Syok2..
ok2..last sunday. mama ade menyediakan resepi baru utk hazim..Yummy!

Creamy Vegetables puree with Rice
 
1 medium carrot, peeled and sliced (mama guna organic carrot jd xperlu dibuang kulit)
3tsp/45ml rice, washed
1/2 head of broccoli, cut into small florets
1 slice pumpkin, peeled
splash of the cooking water or baby's usual milk.

 the ingredient

 plus rice, boiled until very tender

blend or mash, adding a little of the cooking water or baby's usual milk to get the desired consistency.

adding a little fried anchovy (grind) to make the puree more tastier


DONE..ready to freeze them in small containers, and then defrost and heat them (or steam) when needed (to bring to nursery etc). 

See, semudah A B C kan..cara ini memudahkan ibu2 bekerjaya dari perlu memasak setiap ketika. Tips, bole dimikrowave kan tp akan hilang nutrisi nya. Lebih elok, di panaskan di dlm pan atau mama kukus kan aje setiap pg. Senang, cept, sgt berkhasiat..Selamat mencuba!













Saturday, December 3, 2011

ombak rindu..here i come..

ok2..ingt last teaser aritu?alaa..korg sume confirm leh mengagak ape yg mama buat kn..hhehee..1st of all..nk announce kt cini..ini la 1st movie mama after almost 3years mama tak cinema-ing..sejak conceived haziq mama suda stop..then kitaorg (with hubby aka papa lah) layan DVD most of the wiken utk gantikan movie time tu..ini langkah2 tuk jimat duit plus mama sendirik kurang selesa tgok movie dgn keadaan mengandung gitu..ehh..ehh..bukn nya salah..tp i yg kurang selesa..

oh ya..lupa adik2 mama, andak n iwan mama suda imported dr kg. mau join mama layan ombak rindu nie..

cite nie kdngaran nya mcm best..after all..mama bole bg rating4star lah..clap..clap..clap!..

Aaron Aziz as Harris - sangat sesuai
Maya Karin as Izzah - as cite asal izzah yg bermuka redup..suit dgn maya karin..
Lisa Surihani as Mila - cite asal Mila tinggi and agresif org nya..mcm tak sesuai sgt dgn lisa..

Very touching movie dr mula sampai habis asik layan airmata jer..yg mama impress jugk..unlike malay movie lain yg cite leweh2..OR very fast scene..and moment2 dia byk utk kita captured. Mungkin disebabkan org ramai suda tau plot cerita yg diadaptasi dari novel popular..pape pun good job utk Osman Ali sebagai pengarah film..and of course..to Fauziah Ashaari..as author of OR..kombinasi anda berdua memg BEST!.




Friday, December 2, 2011

finally friday !




  Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Sunday, November 27, 2011

Aquaria in da house..^ v ^

morning3x..ini mama nk stori mori..mama & papa eyeing to have new hobby for us..for the kiddos la of course. This hobby is to teach our children how to love other things (besides people), take care of and caring to. Since haziq & hazim da biasa tgok mama&papa take care of all the pokok bunga pokok sayur etc..weekend tolong siram, letak baja..cabut rumput..so this time around nk tlg jaga ikan pulaks..huhuu..berjiwa besar sungguh kitaorg nie..before this ade org nk bg persian kucing to haziq but then mama nie dah le allergic dgn binatang bulu2, plus klu we all out of town for a few days, camane nk carry all the sangkar2, bwk ank pun da tak muat kereta ku..(oppss..papa..we need to upgrade our car la darl..xoxo)

 cantik tk?so nice..bile balik keje dgr bunyi air dr aquaria kecik nie..release tension.

 ini ikan2 pioneer..

cute nye..

eh..ehh..pe jd nie?ini la keje ank bujang haziq sume mainan nk masuk dlm aquarium..grrr!



angry bird?

sooo cute..haziq & hazim teramat la suka memknnya..memg sedap rasa nya..mari la layanzz...

memg cute..nk mkn pun terasa sayang..

mama ode 100biji dr mamabiz, KL. Worth it la i tell you..

ini budak pun sibuk la nk enterprem

Wassalam..

Sunday, September 11, 2011

treat to the Zone Regency & Gala Nite 2011-the great wikenders.

10 September11 (Sabtu) - Pagi2 papa suda bangun memulakan plan nye menghantar kereta untuk di servis..lmbt sunguh smpai tghari baru balik..while waiting..mama and the boys bersiap2..kita nk lepak kt the Regency Hotel, Stulang Laut. iyehooooo!!!..wonder why?..mama ade Dinner & Dance 2011 tmpt mama keje..Citigroup. So, since kami akan dapt Corporate room with prefered rate. mama & papa decided to take 1night stay kt sana..so mlm mama bole attend the dinner at the same time bole treat boys mama yg bru baik demam time puasa aritu. plus kitaorg pun bole melepaks sehari rilex2 dr kesibukan kota..ceh! nak jugak..haha.

Then, around pkul 3 kami bertolak ke sana..reach there around 4.30pm (plus pergi carik org nk mekap tp last minutes cxl sbb skrang suda mahal rm!00++ tak kuasa mama nk amik mahal2 gitu)..

Kami amik Deluxe Double room..not bad harga nya rm198nett ok..hha!


Mari layan peektures la ehh..


baru sampai berangan2 dulu..

ini la bilik kami.. 1st thing mr hubby suda check up for Sport channel..

 seaview..cuba tgok seberang sana tuh spore..

anak bujang sorg nie suda start main sorok2..

sama jugk dgn si adik! very happy..

grumpy..


only manage this peektures..boys sume cranky..


snap2 before leaving **tgok muka haziq bru lepas menangis..

sharp 12pm..kami pun check out..babai c u ya













Saturday, July 30, 2011

hasil tangkapan

salam semua..

aktiviti mama di opis sgt mencabar..dgn masa yg sgt terhad..mama gagahkan jugk slot 2x sesi mengepam 1st 12.30pm..2ns time 3.30pm..itu tak termasuk waktu utk bersolat and lunch time lg..fuhh..sangat2 tight. semoga Allah permudahkan..Amin..

Ini hasil utk hari ini..sgt lumayan..Alhamdulillah..

big cached for today..

semangat..semangat..

close up..lebih kurang 6oz..

Oh ya..ini la tmpt nya setiap sesi pengepaman berlaku di opis..di nursing room 27 floor..sblh pantry..mujur dkt jer dgn my cubical. Syukur pd Allah, compeni ade menyediakan tmpt2 mcm ni utk support nursing mother mcm mama nie..so, no excuses utk capai matlamat menyusukan ank sehingga 2 tahun. Apa pun, semua bole di uruskan, urus diri, urus bos, urus masa..semua boleh! good job Citibank !


Wednesday, July 6, 2011

jaundice story..

hi hi..bersiaran kita lg ya..hari ke-3 kelahiran Hazim..mama da perasan kelihatan muka hazim nmpak kuning then mama puas kejut2 tuk bg susu..tp dpt response yg kureng dr bb hazim nie..if ikut history..mama dlu ade jaundice..haziq pun ade jugk..so most probably hazim pun akan kena jugk..it just that, jgn terlalu tinggi or  within 24hrs or prolonge sampai jd menda yg sepatutnya tak berlaku. Meh nk kongsi skit pasal jaundice nie:


Penyakit demam kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Warna kuning ini disebabkan oleh bahan kumuhan (metabolit) yang dinamakan bilirubin dalam darah. Bilirubin merupakan hasil penguraian sel darah merah di dalam darah. Penguraian sel darah merah merupakan proses yang dilakukan oleh tubuh badan manusia apabila sel darah merah telah berusia 120 hari. Hasil penguraian sel darah merah merupakan bilirubin yang diproses oleh hati (hepar) dan disingkir dari badan melalui najis dan air kencing. Ketika bayi berada dalam kandungan, sel darah merah ini akan dikeluarkan melalui uri (placenta) dan diuraikan oleh hati ibu.

Paras bilirubin pada bayi normal boleh meningkat disebabkan oleh sebab-sebab berikut -

Sel darah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek.
Lebam pada badan bayi yang disebabkan dalam proses kelahiran menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.
Bayi pra-matang tidak mempunyai organ yang matang. Hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.
Darah ibu dan bayi tidak sesuai. (ABO incompatibility)
Ibu mengidap kencing manis (maternal diabetes)
Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi (kerap).
Keturunan.

Penyakit demam kuning mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun kebawah. Bayi demam kuning kelihatan kuning pada bahagian muka, diikuti bahagian dada, perut, dan akhirnya dibahagian kaki. Warna kekuningan juga dapat dilihat ada bahagian mata putih bayi. Pemeriksaan bayi untuk penyakit demam kuning patut dibuat dalam cahaya matahari ataupun dibawah lampu panjang putih (fluorescent). Bayi perlu dibawa berjumpa doktor sekiranya demam kuning dikesan. Di hospital atau klinik, paras bilirubin dalam darah boleh diuji melalui contoh darah. Tahap serius ditentukan dengan menimbangkan umur dan faktor perubatan yang lain. Jumlah bilirubin yang kecil atau sederhana tidak merbahaya kepada bayi. Bagaimanapun paras bilirubin yang tinggi dan lama boleh memberi kesan pada pendengaran dan otak bayi. Doktor akan memberikan rawatan yang sesuai agar paras bilirubin tidak mencapai paras merbahaya.

Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya demam kuning dikesan dalam tempoh 24 jam kelahiran, yang membabitkan bahagian tangan dan kaki, atau bayi demam melebihi 37.8 darjah Selsius (100 darjah Fahrenheit), atau bayi kelihatan lemah dan tidak sihat. Bagi bayi bawah 5 tahun, suhu dalam dan luar badan perlu diperiksa. Doktor juga perlu dirujuk sekiranya warna kuning semakin ketara selepas 7 hari, demam kuning masih kekal selepas 15 hari, bayi tidak bertambah berat badan, atau anda merasa bimbang mengenai kekuningan pada kulit bayi.

Bayi yang menghidap demam kuning perlu dipastikan agar tidak mengalami kekeringan (dehydration) akibat pengambilan cecair yang tidak mencukupi. Antara faktor lain yang meningkatkan risiko kekeringan adalah bayi pertama, bayi yang tidak pandai menghisap, puting susu tenggelam (inverted nipples), pembedahan caesarean, penggunaan ubat penahan sakit (analgesics) dan bayi yang tidak matang dengan daya menghisap yang lemah. sumber :
CARI Malay Forums..bole jugk dapat more info di sini www.babycenter.com.my 




haziq yg sudi menemani adik nye..baik sungguh!

mujur la katil bayi diletakkan bersama ibu masing2..dpt ikut perkembangan dia 24jam.

Hazim yg lena tidur - sunbath time! hehee..


So 3rd day nurse dari klinik Payamas dtg & syor check di klinik..mama yg bru start nk berurut terpaksa memendekkn waktu berurut dan terus berkejaran ke klinik nk amik darah..iyer laa..kesihatan bb lagi penting kan..jupe doc dia ckp paras bilirubin tidak terlalu tinggi tetapi physically nmpak hazim nie kuning suda sampai bawah perut. Mama pun balik ke rumah pack barang untuk ke hospital sbb mama da jangka akan wasuk ward. sampai di bhgian kecemasan Hospital Tangkak. reg etc..amik lagi darah hazim nie..tup2..tak tinggi doc suh balik and dtg balik check darah lg keesokan harinya..setelah bincang2 dgn hubby..kita decide nk masuk je ward sbb chances tuk paras bilirubin tuh turun adalah sgt tipis sbb nmpak mcm dia tgh nk naik..so most probably esok kena masuk ward..jadi lebih baik terus je phototherapy treatment utk hazim start mlm ni jugk. 


Nk dipendekkan cerita, masukla ward hazim ward kanak2 dgn mama2 pun skali berkampung kt sana..agak selesa ward di sini sbb dekat dgn uma mak, ward yg kecil dan katil mama dekat dgn pintu masuk depan meja2 nurse tuh..so if pape senang jerit je nurse dgr..hehee..kt sini ade la dlm 3-4 katil yg ader katil bb ber phototherapy. mama yg agak bese dgn menda nie (time haziq kt HSA dulu lagi dasat) takde la kalut2 rilex jer..hihii..


Kami lepak cini dlm 3-4 hari jugk sbb nk pastikan paras bilirubin dalam darah hazim betul2 di tahap yg selamat. If tak silap, masa kluar 102mg kot..Alhamdulillah. 
Bile suda kluar ward, mama amalkan minum susu Higoat..memg panas and memg berbau kamben, hihi..tp sgt berkesan biler repeat check 2 hari lepas tuh..terus drop  paras bilirubin hazim. 
Ok la..sampai cini ajer..hope info sgt berguna..







Friday, July 1, 2011

pemerah tegar

salam semua..suda hampir habis tempoh berpantang dan mggu depan akn mula la rutin mama sebagai seorg ibu yg berkerjaya. Dalam fikiran, masih ade perasaan ragu2 sama ada mampu ke mam menjalankn tgjunggjwb sebagai seorg ibu, pemerah tegar & pekerja yg dedikasi..wah! ..(abaikan..muntah ijau!)..

ok2..plan mesti ade..pengurusan mesti betul utk laksanakan semua ini..walaupun tidak 100% sempurna..tetapi mama akan cuba yg terbaik!..yeah..semangat suda mari...

1st thing, i have to get battery operate breastpump..iyer2, manual Avent punp sgt la berjasa sejak haziq lg..tetapi mama perlukn gagjet yg praktikal..yg kurang menyakitkan badan, tgn etc..semasa proses mengepam, less time consume(kena pikir mama bukn keje kompeni sendirik..timing kena la jg), mgkun bole dpt more milk produced. Setelah ditolak tambah bahagi..untungnya beli yg baru memg ada..sebab nya mama akn exclusively breastfeed hazim until 6 months and continue until 2 years..dgn kos milk powder..tak pyh cite la..mahal berganda2..save duit poket hubby..(ehh! ni kena tmbh duit elaun mama nie..ehee)..

here i come.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.


MEDELA SWING BREASTPUMP


Swing™ Breastpump
Model: 67050

Swing is Medela's smallest, lightest single electric pump.

FEATURES AND BENEFITS

  • Mobile pumping with tabletop, belt clip and neck/shoulder strap options.
  • Drawstring bag to keep everything clean and in one place between pumpings.
  • 24 mm PersonalFit™ breastshield.
  • More milk in less time with 2-Phase Expression® technology when pumping at Maximum Comfort Vacuum™.
  • IMPORTANT:  This product is a single user item.  Use by more than one user may pose a health risk, performance questions, and voids the warranty.
  • All parts that come into contact with breastmilk are BPA-free.

Choosing a Breastpump

Every breastfeeding mom has a unique experience. Some moms find breastfeeding easy and uncomplicated, while others may find it more challenging. No matter what the experience, all moms breastfeed better with the support of family, friends, and often with the help of a good breastpump.
Different moms have different needs, so Medela makes a variety of breastpumps. While manual breastpumps are great for moms who spend most of their days and nights with their babies, electric breastpumps are the better choice for moms who are frequently separated from the babies because of work or health problems.
This chart lists all available Medela breastpumps. To choose the best pump, look in the far left column for the circumstances that apply. Any pump checked next to that circumstance is recommended. You can narrow your choices by considering whether you want:
· An electric or manual pump
· For daily or occasional pumping.




Saturday, May 28, 2011

1 mos Izzan Hazim

Salam..suda 1 bulan bb hazim lahir..means suda 1 bulan jugk la hazim membesar bersama susu mummy nya..and this time mummy berdoa agar mummy dpt menyusu kan hazim ekslusif 6 bulan dan continue until 2 years..Insya Allah. Minta juga tabah dan dperkuatkan semangat wlau apa jua hlgn yg mendtg..Amin..

During his 1 month..hazim suda 4.12kg. Alhamdullillah..ini juga sebab hazim amat kuat menyusu..lebih kurang 10-12 kali demand nk susu dalam sehari.

Enjoy the pictures ya..
i'm 1 month years old..

Sunday, May 22, 2011

our second bundle of joy - Muhammad Izzan Hazim

Alhamdulillah..syukur ke hadratNya..our 2nd hero was safely delivered with natural, fast & easy..if tanya sakit tk?da tentulah mama akan ckp ya..sbb tu la setimpal dgn pahala yg Allah berikan..

taraaaa...introducing Muhammad Izzan Hazim yang bermaksud Izzan-kepatuhan Hazim - tegas,cermat. Semoga anak2 mama bakal menjadi anak yg soleh, seperti maksud nama yg dberikan.

it's a boy!

yummyy...

1st 3hours

hari ini genapla Hazim 25 hari..Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar..sempat lg invite tok mak temankan and tolong tuam2kan Hazim mcm abg nye dlu..ini pasal tok mama bz kt skool lg..*alaa..boring nyee..ceptla mak retired so bole fokus jg cucu laks..hehee..*
ok laa..Hazim da jerit2 nk mintk susu..nnti mama update lg yer..tak puas nye nk update cite kt cini..